Sunday, July 28, 2013

Orang gemuk je ada masalah kesihatan?

Assalamualaikum



Hai korang,sorry le harini En Blood post entry yang mencetuskan sensitiviti terhadapa mereka yang gemuk.En Blood gemuk jugak kehkehkeh. Risau pasal gemuk? Rileks brother..
Tak payah fikirkan sangat apa orang sekeliling cakap dekat kita. Mulut orang tak boleh kita tutup,but once diorang dah penat mengata confirm diorang diam.

Actually,orang yang gemuk ni dia sebenarnya happy.Macam aku selalu happy sebab tu makan banyak.Then ni lah hasilnya badan naik haha. Sebenarnya punca gemuk ni adalah disebabkan metabolisma yang rendah serta pengambilan makanan yang berlebihan.Kalau dah sekali makan 2 3 senduk nasi,tak ke gemuk?

Kalau korang tak ambil sarapan pagi dan skip waktu makan pun boleh menyebabkan kegemukkan.So kepada semua yang berbadan besar macam aku kat luar sana,jangan fikirkan apa yang orang kata.Malah lagi bagus kalau korang berusaha mengecilkan badan korang.Tidak kira lelaki atau wanita ye....Bukan apa,bila kita fikir apa yang orang sekeliling cakap,kita jadi sakit hati en? Lepas sakit hati semua kerja jadi tak jalan.

So usaha sikit-sikit,amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan ambil makanan yang seimbang.Kurangkan makanan bergula dan kurangkan makan nasi.Ini semua penting untuk kesihatan anda. Siapa cakap orang kurus takde penyakit? Tahap kesihatan seseorang itu bukan terletak pada saiznya.Ini kerana ada juga orang yang kurus mempunyai masalah kesihatan seperti diabetis dan high blood pressure.

So bila anda gemuk,tetapi mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil makanan seimbang mengikut piramid makanan,probability anda untuk mempunyai masalah kesihatan adalah rendah.Tetapi perlu kita ingat bahawa penyakit itu datang dari Allah S.W.T.




Banyakkan karbohidrat serta sayur-sayuran dan buah-buahan dan kurangkan lemak,gula dan minyak.Tingkatkan keyakinan diri dengan membaca fakta atau cara menguruskan badan serta lakukan senaman mengikut jadual.Aku selalu tengok youtube Mike Chang buat workout.So bolehlah keluarkan peluh dan besarkan otot.Bila otot kuat,pembakaran lemak pun lancar.Ini apa yang aku belajarlah dari Mike Chang tuh.Thanks Mikey ngehngehngeh

.Alhamdullilah walaupun aku berbadan gemuk,setakat ni tiada masalah kesihatan dan yang penting berat aku dah turun sedikit demi sedikit bila aku buat workout.

So aku dah,korang bila lagi?

P/S jaga pemakanan dan buat workout dengan konsisten :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...