Lepas aku timbang berat dekat klinik tu,berat aku kurang 5 kg.Syukur alhamdullilah,tak sangka jaga pemakanan masa puasa dapat turun berat sikit.Dan apa yang merisaukan aku bila dah raya ni,pegi beraya tak sah kalau tak cekik kuih raya and air gas,dan tak sah kalau tak pegi open house kalau tak cekik rendang daging and ayam kan..so berat naik balik kan?
Haa yang ni aku risau sebab rugi je dah turun 5 kg then naik balik after beraya sakan.Dan jeng jeng jeng..aku pun plan nak jaga makan sikit masa raya ni.Kuih raya aku jamah 1 biji setiap rumah haha.Dan aku elakkan air manis.Dan yang paling penting aku pergi pasaraya cari Green Tea Boh.Orang kata green tea ni banyak khasiat selain dapat tolong bakar kalori untuk turunkan berat badan.Betul ke? Actually banyak aku research pasal green tea ni.Dari blog Kevin zahari,Akutaknakgemuk dan bermacam-macam blog lagi yang aku taip dekat google search.
Masuk harini dah seminggu aku minum teh ni,memang rasa dia kelat.Kenapa? Sebab lagi elok kalau minum tak letak gula okay..Haa..kat sini aku nak share sikit bagusnya minum green tea nih..
- Membantu menurunkan paras kolestrol & menjaga tekanan darah (sama seperti Oat .)
- Menyembuhkan lelah & batuk .
- Membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh badan untuk melawan penyakit .
- Menghancurkan bakteria yang menyababkan plak dan kerosakkan gigi (macam ubat gigi !)
- Membantu mencegah dan menghancurkan sel-sel kanser .
- Mencegah penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung .
- Mampu mengurangkan stress dan membantu mengendurkan saraf . Boleh cegah penyakit seperti amnesia & demensia .
- Mampu menyihatkan kulit wajah menjadi lebih berseri , rambut sihat , dan mengurangkan tanda-tanda penuaan .
- Mengurangkan ruam & alergi .
- Melindungi payudara dari serangan kanser .
- Menggalakkan pembakaran lemak .
- Mengekalkan kecergasan memori dan fungsi otak . (Pelajar digalakkan amalkan minum teh hijau)
- Mencegah mulut berbau .
- Melindungi paru-paru dari racun rokok .
Biasanya aku minum lepas sarapan pagi sebab teh ni dapat tingkatkan metabolisma badan sekaligus buat kita aktif.Biasalah benda yang pahit itulah yang bagus berbanding korang mencekik rendang daging yang berkolestrol tinggi tuh.Orang cina selalu minum teh hijau ni maybe sebab tuh diorang awet muda dan gedang perkasa!hahah.Teh hijau ni juga sesuai untuk pelajar sebab untuk cegah cepat lupa.
So kepada sesiapa yang nak kurus,bukan sahaja kurus malah untuk jaga kesihatan ni minumlah teh hijau satu hari segelas.Cuba amalkan sebulan dan anda akan rasa keajaiban dan khasiatnya untuk tubuh,
2 comments:
Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jom ke blog saya pula.
Waalaikumsalam,terima kasih :),InsyaAllah
Post a Comment