Thursday, August 1, 2013

Rumah Sewa or AYAM?

Aku tengah fenin nak fikir sama ada nak duduk rumah sewa atau Apartment Yayasan Melaka(AYAM) tuh.Kau pehal ketawakan aku? haha.Masalah utamanya bila tawaran degree aku menyatakan bahawa kampus yang aku dapat (Kampus Bandaraya Melaka) ni adalah kampus transit.Korang ada tak dapat macam aku?.Then dia bagitahu pulak yang kampus tetap dekat Puncak Alam. Apakah semua ini?.Adakah ini mainan dunia atau kenyataan?

Aku ada call kampus,nak tanya pasal "apa benda transit ni".Diorang boleh bagi jawapan "sorry,belum dimesyuaratkan lagi".Agak marah jugaklah dengan jawapan diorang.Tapi senior aku ada bagitahu,aku hanya belajar sementara dekat KBM nnti,dan akan berpindah ke kampus tetap di Puncak Alam.Persoalannya berapa lamakah?Patutkah kami,cari rumah sewa?Dan patutkah kami duduk AYAM?.

Kalau duduk AYAM rules dia macam ni :

Sewa adalah sebanyak RM160.00 (termasuk air & elektrik) seorang / bulan. Bayaran semasa pendaftaran RM740.00 (1semester).
1 semester = 4 bulan
RM160 x 4 = RM640.00 + RM100.00 (deposit ) = RM740.00

*masalahnya kitorang bukan ada duit nak bayar selepuk nih.Tapi kira okeylah bila bulan2 tak payah fikir nak bayar api air berapa banyak.Kelengkapan pun cukup,ada kipas,locker,meja belajar dan katil.Untuk maklumat lanjut klik SINI.

Kitorang dah ada jumpa rumah sewa,dekat Apartment Tun Sri Lanang.Boleh tahan dekat dengan KBM.Btw masalahnya not furnished,kosong cuma ada almari je.Sewa RM850/bulan ada 3 bilik dan 2 bilik air.Aku tengah confius nak buat pilihan,sebab tak tahu kitorang nak duduk berapa orang.Kalau dikira balik,banyak pro and cons dia.Hurm..tapi aku tak tahu kenapa aku lebih prefer duduk AYAM ni.Maybe sebab lebih dekat dengan KBM.Ada member aku nasihatkan suruh duduk AYAM sebab bangun tidur je terus pergi kelas tak kira cuaca panas ataupun hujan.Depan mata je,so susah lah nak terskip kelas bila hujan.

Yang tak bestnya kalau duduk luar ni,aku tak tahu berapa lama transit dekat KBM ni,kalau dah tahu berapa lama confirm senang nak buat choice.Lagi satu,kalau duduk rumah sewa ni,mesin basuh takde,aku dahlah malas nak basuh manual.Nak duduk AYAM takde member lagi susah,sekangkang kera lah aku jawabnya haha.

Persoalan tetap menjadi persoalan,pilihan tetap pilihan.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...