Wednesday, July 31, 2013

Giveaway Favorite Color by Ina Sazali


                                 Giveaway Favorite Color by Ina
                                                            Purple

Tuesday, July 30, 2013

Kalau kita tak ubah diri kita,siapa yang nak ubah?



Harini aku terfikir sejenak bila terbaca article tentang anak petani  berjaya dalam pelajaran,pasangan suami isteri mendapat Anugerah Naib Counselor dan macam-macam lagi yang mencabar kejantanan aku ceh! Lepas tuh aku mula lah terfikir tentang result diploma aku.Semuanya mengecewakan,but at least aku bersyukur lah sebab ada orang lagi teruk dari aku.Korang bayangkan,ada 6 semester tapi satu semester pun aku tak pernah dekan,Ntah pape!

Takkan korang tak tahu dekan tuh apa kan..Kalau korang pura-pura tak tahu,aku cepuk kang! haha.Sebenarnya dari awal masuk uitm aku dah berazam nak dapat dekan setiap sem.Tapi malangnya rezeki belum sampai.Terpaksa lah rasa cukup makan 3 pointer je.Yang paling aku bersyukur sekali time semester 3,dapat lah rasa nak cecah 3.5,diulangi NAK CECAH YE..haha

Ak acah-acah pandai je time tuh,lagipun time tuh aku duduk lain bilik dengan classmate aku.So dapat fokus lebih lah.Takde lah banyak main sangat sebab dalam bilik baru aku tuh semuanya course lain-lain.Lagipun roomate aku yang baru tuh selalu keluar,so tinggal aku sorang-sorang kat dalam bilik.Time tuh aku gunakan peluang yang ada untuk study.Aku ingat lagi ada senior yang selalu bagi nasihat dan dorongan kat aku.Dia selalu dapat dekan setiap semester,so aku pun tanya lah apa rahsia dia.

Apa yang dia bagitahu aku ialah tentang persepsi diri sendiri.Kita kena ubah diri sendiri,kalau tidak siapa yang nak ubah diri kita? Kena ada azam dan motivasi tinggi dalam diri.Setiap orang boleh dapat anugerah dekan ni,cuma nak taknak je lah.Bila aku fikir-fikir balik,banyak benda yang menghalang aku daripada dapat angerah dekan ni.Siapa yang menghalang?.Diri sendiri yang menghalang sebenarnya..

Contohnya,sikap ulangkaji last minit macam aku nih.Taknak belajar dari awal,dah terkapai-kapai time nak final.Senior aku tu ada juga nasihatkan supaya utamakan Allah dan ibu bapa.Yelah kan,seperti yang kita sedia maklum,kalau kita jaga hubungan dengan tuhan,InsyaAllah dipermudahkan segala urusan.Yang paling penting minta restu ibu bapa,hormat pensyarah dan jaga hubungan dengan rakan-rakan.Jangan lupa juga banyakkan ibadah sunat,dan lakukan ibadah yang wajib.

Kalau nak berhibur tu boleh,cuma jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sikit.Kalau asik belajar je jadi stress nanti.Senior aku banyak nasihatkan aku pasal benda ni.Kalau lepas belajar,cuba hadiahkan diri korang degan entertainment sikit contohnya layan RunningMan,or tengok Man Utd lawan.Haa,,sekurang-kurangnya takdelah stress menghadap kunci kira-kira yang tak balance tuh( student yang amik account confirm tahu).
Orang kata kalau nak belajar,belajar betul-betul.Bila bermain pulak,main betul-betul.Dah macam lagu biar betul pulak haha

So kalau kita sendiri yang tidak berubah,siapa lagi yang nak ubah?

Benda paling annoying

Assalamualaikum




Korang biasa tak berlaku perkara-perkara annoying dalam hidup korang? Confirm pernah kan..mesti korang pernah hadapi semua benda ni kan.Mesti korang stress macam nak terjun klcc kan? Hahah..
Biasalah tu,semua pernah rasa benda macam ni der,siapa tak pernah pembohong! haha

Dalam dua tiga hari ni aku banyak la rasa benda-benda annoyed ni,contohnya pagi tadi. Ada seorang pakcik,dah berumur jugaklah sebab dah nampak beruban dah,bawak moto dahlah slow macam kura-kura,tu aku tak kesah lagi lah.Yang aku kesah bila signal moto dia tak matikan.Kang kalau aku potong kang,mahu dia belok..tak ker kitorang bercium.Hahah...Pakcik,please lah matikan signal tuh..

Lepas tuh semalam kan,masa aku tengah drive nak pegi bazar ramadan tolong mak aku meniaga,ada sekor lalat dalam kereta aku.Dahlah pakai air cond masa tuh,rasa nak pukul je lalat tuh sampai penyek.Serious annoying tengok dia terbang bebas dalam kereta aku.Dia ingat kereta ni bapak dia yang buat loan,bayar downpayment and bayar bulanan? haha

Dengan bunyi alarm seat belt lagi,bagi warning lah tuh sebab tak pakai seat belt.Aku memang dah biasa tak pakai seat belt ni.Cuba korang bayangkan,kalau 300 km dari Johor sampai Melaka aku tak pakai seatbelt.Cuba korang kira berapa kali alarm seatbelt tuh berbunyi? "beep"  "beep" haha.En JPJ jangan marah eh..huhu

Yang paling kelakar,makcik yang suka bawak moto..please lah bila pulas minyak tuh jangan tekan brek.Eh,kalau brek tuh boleh cakap,dia mesti cakap mcm ni "adoi...sakit lah asik kena pijak je,asik haus je" haha,Ape kejadah bila pulas minyak sambil tekan brek? Macam bawak kereta lah,cuba tekan minyak sambil tekan brek? tak ke pelik..

Lagi satu bila kereta stuck belakang lori pasir.Habis calar kereta dengan habuk halus.Lepas tuh bila ada bukit,lori tuh mesti slow punya.Korang mesti rasa nak potong laju-laju en..Kebetulan kat arah bertentangan banyak kereta,mesti frust tak dapat potong kan? Kalau aku,rasa macam kereta aku power tekan button keluar sayap and terbang merentasi lori tadi tuh.Okay,animasi lebih.kahkahkah

Apa pengalaman korang yang korang rasa paling annoying sekali?




Monday, July 29, 2013

Tips sindir kawan yang tak sedar diri

Assalamualaikum




Setiap manusia di dalam dunia ini tidak lali membuat kesilapan.Mungkin kesilapan yang dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar.Kat sini aku berikan tips macam mana nak sindir kawan korang yang tak sedar diri ataupun bongkak.Aku dapat idea nak post entry ni pun sebab aku selalu jugak buat benda ni haha.Korang yang search topic ni confirm tengah marah kat salah seorang member korang kan?Mesti dia seorang yang annoying kan?Lepas baca entry aku ni mesti lepas ni kawan korang tarik muka sebab sentap dengan korang kahkahkah.

Actually tips ni hanya untuk mereka yang takbur dan suka cakap besar.Antara tipsnya ialah:

1.   Mengiakan apa yang kawan korang cakap tuh.Contohnya bila nada diorang cakap macam berlagak bagus,korang angguk jelah."HAAH YELAH KAU JE YANG BETUL". Ini lah baru dikatakan cool haha.
Confirm dia diam lepas tuh.

2   Buat-buat tak tahu apa yang dia cakap.Contohnya macam ni,bila dia mula bercakap..korang try buat benda lain yang tak berfaedah macam amik kertas then lukis gambar smiley then renyukkan.Jangan lupa korang buat muka marah.Confirm kawan korang tuh blah dari situ.(Kau dah kenapa wey?) haha

3  Okay yang ini pulak dengan cara korang cakap besar balik.Kalau kawan korang tuh cakap yang bapak dia ada mercedis,korang cakap macam ni "Setakat mercedis,bapak aku boleh beli Lambo lah der" .Lepas tuh korang blah dari situ buat muka tak bersalah

4 Yang ni paling sakit hati,bila kawan korang bangga dia ada kereta.Apa perlu korang buat?.Korang sindir lah macam ni "Setakat beli kereta guna duit mak bapak,duit minyak pun bapak bagi baik tak payah".Hahah confirm gaduh besar lepas tuh.

5.Yang paling best bila kawan korang bangga sangat dengan pencapaian akademik mereka.Korang sindir macam ni "Yelah..kau je lah yang paling pandai,aku ni bodoh,semuanya kau punya ".Hahaha confirm tak tegur seminggu.

Tu jelah yang aku dapat kongsikan kat korang,tapi sebenarnya sindir menyindir ni tak bagus sebenarnya.Nanti bergaduh besar dah susah.Tak bertegur setahun siapa nak tanggung? HAHA
Cakap pun tarak guna,aku pun selalu sindir member aku macam ni UNTUNGLAH..

Sunday, July 28, 2013

Orang gemuk je ada masalah kesihatan?

Assalamualaikum



Hai korang,sorry le harini En Blood post entry yang mencetuskan sensitiviti terhadapa mereka yang gemuk.En Blood gemuk jugak kehkehkeh. Risau pasal gemuk? Rileks brother..
Tak payah fikirkan sangat apa orang sekeliling cakap dekat kita. Mulut orang tak boleh kita tutup,but once diorang dah penat mengata confirm diorang diam.

Actually,orang yang gemuk ni dia sebenarnya happy.Macam aku selalu happy sebab tu makan banyak.Then ni lah hasilnya badan naik haha. Sebenarnya punca gemuk ni adalah disebabkan metabolisma yang rendah serta pengambilan makanan yang berlebihan.Kalau dah sekali makan 2 3 senduk nasi,tak ke gemuk?

Kalau korang tak ambil sarapan pagi dan skip waktu makan pun boleh menyebabkan kegemukkan.So kepada semua yang berbadan besar macam aku kat luar sana,jangan fikirkan apa yang orang kata.Malah lagi bagus kalau korang berusaha mengecilkan badan korang.Tidak kira lelaki atau wanita ye....Bukan apa,bila kita fikir apa yang orang sekeliling cakap,kita jadi sakit hati en? Lepas sakit hati semua kerja jadi tak jalan.

So usaha sikit-sikit,amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan ambil makanan yang seimbang.Kurangkan makanan bergula dan kurangkan makan nasi.Ini semua penting untuk kesihatan anda. Siapa cakap orang kurus takde penyakit? Tahap kesihatan seseorang itu bukan terletak pada saiznya.Ini kerana ada juga orang yang kurus mempunyai masalah kesihatan seperti diabetis dan high blood pressure.

So bila anda gemuk,tetapi mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil makanan seimbang mengikut piramid makanan,probability anda untuk mempunyai masalah kesihatan adalah rendah.Tetapi perlu kita ingat bahawa penyakit itu datang dari Allah S.W.T.




Banyakkan karbohidrat serta sayur-sayuran dan buah-buahan dan kurangkan lemak,gula dan minyak.Tingkatkan keyakinan diri dengan membaca fakta atau cara menguruskan badan serta lakukan senaman mengikut jadual.Aku selalu tengok youtube Mike Chang buat workout.So bolehlah keluarkan peluh dan besarkan otot.Bila otot kuat,pembakaran lemak pun lancar.Ini apa yang aku belajarlah dari Mike Chang tuh.Thanks Mikey ngehngehngeh

.Alhamdullilah walaupun aku berbadan gemuk,setakat ni tiada masalah kesihatan dan yang penting berat aku dah turun sedikit demi sedikit bila aku buat workout.

So aku dah,korang bila lagi?

P/S jaga pemakanan dan buat workout dengan konsisten :)

Man Vs Cars

Assalamualaikum semua pembaca setia bloodkiller,eh eh tunggu dulu jangan lah tekan pangkah kat atas tuh.Takkan baru singgah blog ni dah nak balik.En Blood belum start membebel lagi ni korang dah nak blah  sobs sobs.

Okay pada tajuk entry kali ni mesti kaum lelaki paling ramai minat tapi tak lupa juga ada juga kaum wanita yang minat.Actually tercetusnya idea En Blood untuk post entry pasal lelaki dan kereta ni sebab petang tadi En Blood bincang-bincang sikit pasal nak beli kereta ni.Orang kata plan masa hadapan konon cewah haha.Cerita punya cerita,tercetusnya perbualan antara mak dan anak pasal tangga gaji dan harga kereta.

Cukup ke gaji nanti nak beli kereta?mampu bayar ansuran bulanan? downpayment macam mana? Ini semua bermain difikiran masing-masing.Almaklumlah kan,kalau lelaki mesti nak yang paling best dan selamat bila ada kereta nanti.Korang yang masih bujang tuh,mesti ada terdetik dalam hati nanti dah kerja nak pakai kereta apa kan? JANGAN NAK NIPU KALAU TAK TERDETIK.

Haa..actually,mak En Blood cakap,kalau masih bujang ni,apa nak pakai semua boleh.Bukan apa nanti dah berumah tangga,isteri mintak kereta,anak-anak mintak duit belanja.Sikit-sikit "ayah,duit belanja tak cukup,please bank in kan secepat yang mungkin",haha. Macam tu lah dialog aku dengan ayah. So hukum karma kan,jadi pada kita nanti.

Sebenarnya,tangga gaji penting jugak sebenarnya,takde lah sampai TERpaling penting. Err..camane tu ek?. Okay macam ni,kalau gaji 2+++ pakai MyVi,confirm banyak duit simpanan kita simpan.Sebab Myvi bulanan dia takda lah besar.Kalau nak pakai Honda dengan gaji 2+++,pun lepas tapi kenalah berjimat cermat sikit.Sebabnya Honda ni bulanan kira-kira 1+++ jugalah kalau full loan(means no downpayment)

Contohnya macam ayah En Blood,baru je angkat Ixora Bold AT Executive memerlukan RM691 sebulan dengan downpayment RM13000.Gaji ayah En Blood baru je RM18++.Loan bank memang lepas,cuma kena lah jimat cermat.So kalau korang nak pakai kereta,korang kena tengok juga gaji korang.Semua kena ambil kira.

Macam En Blood kira petang tadi,andaikata gaji lepasan ijazah around RM2+++ to RM26++,korang semua boleh pakai Honda Civic or Kia Fortee.Cuma kena ambil kira kos-kos lain contohnya macam ni,korang kena ambil kira bayaran pinjaman ptptn korang sebulan,simpanan untuk kahwin,simpanan untuk roadtax insurance kereta setahun,duit makan sebulan,duit rumah sewa,and duit minyak sebulan.Mak En Blood nasihatkan,lepas kerja beli kereta dulu,nanti dah nak kahwin baru beli rumah.

Ansuran Bulanan Kereta- RM1300
Bayaran ptptn                -RM300
Makan                          -RM350
Minyak kereta               -RM300
Simpanan roadtax          -RM 100
Simpanan kahwin           -RM200
Total                              =RM2550/bulan

Ini anggaran kasar,ntah betul ntah tidak.HAHA. Lepas beli kereta,tapi sesak sikit lah.So nak murah pakailah kereta jenama Proton disamping memantapkan ekonomi negara :).Nak bayar bulanan murah,downpayment kena tinggi.



ni En Blood kira bayaran bulanan untuk Honda Civic and Kia Fortee untuk downpayment RM3000 ikat 9 tahun













So,En Blood lebih prefer Kia Fortee untuk dijadikan teman hidup.YAY!





Friday, July 26, 2013

Pengorbanan before sambung belajar


Assalamualaikum pembaca blog En Blood. En Blood sebenarnya tak larat nak update blog ni.Korang tahu 8 jam En Blood drive,sakit punggung . Tajuk entry kali ni ialah pengorbanan bakal student degree macam En Blood ni. heheh (poyo)

Disini En Blood nak kongsikan pada anda semua,apa yang En Blood buat satu hari ni. Kiranya persediaan jugak lah sebelum daftar degree bulan 9 nnti. Semangat tak?haha (sila terjun laut ye). Korang yang dapat tawaran sambung belajar confirm tengah sibuk jugak macam En Blood kehulu-hilir print semua benda.Haa..macam tulah pengorbanan bakal-bakal student ni. Kena lah berkorban sikit,untuk kesenangan kita juga suatu hari nanti.Siapa yang tak nak hidup senang kan? En Blood nak sangat-sangat,so siapa yang nak hidup senang cer angkat tangan! haha

Okay,dah jauh melalut. Start pagi pukul 8,En Blood dengan ayah pergi BSN. Ni pun sebab nak beli no pin ptptn dan no pin matrikulasi adik En Blood. Ha korang dah beli belum no pin ptptn? Murah je RM5.00. Untuk pin matrikulasi tuh RM6.00.So pada rakan-rakan dan adik-adik En Blood di luar sana ,En Blood nak ingatkan segeralah beli no pin ni.Bukan apa,En Blood ni jenis yang pelupa tu yang beli cepat-cepat tuh kahkahkah



En Blood pegi cuci gambar 4 keping RM10,tak mampu nak cuci 8 keping




Haa,pic yang ni En Blood amik dekat dalam bilik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili.En Blood pergi situ nak buat pengesahan borang permohonan bantuan kemasukan ipta Perbadanan Islam Johor.Syukur sangat-sangat sebab YB ni kawan lama ayah En Blood.So dapat lah pengesahan dari beliau dengan senang lenangnya.








Ha kalau korang nak tahu,borang dibawah ni adalah borang bantuan Majlis Agama Islam Johor. En Blood dapat tahu ada bantuan ni pun dari YB.So En Blood segera pergi ke Bangunan Sultan Iskandar Kota Tinggi Tingkat 5 (cewah) ambil borang warna hijau ni.Staff kat situ suruh isi borang hijau ni,lepas tuh sediakan dokumen yang dia nak,lepas tuh lagi cop,lepastuh hantar balik dekat Bangunan Sultan Iskandar tuh (fuh mengahnya). Jangan lupa juga lekatkan gambar berukuran pasport di sebelah atas kanan borang tersebut.Macam gambar dibawah.Okay?



















So thats all,yang dapat En Blood kongsi sebagai pengorbanan bakal student degree.Anda pula?Bagaimana pengorbanan anda?

 #Pesanan: 1)Jangan lupa beli pin ptptn,tarikh tutup 31 Ogos ni,
                  2) Sebelum buat permohonan ptptn,sila pastikan status permohonan lama ialah "tamat
                   pembiayaan" (ni untuk sesiapa yang masa diploma amik ptptn jugak).Cara nak tukar
                   status ialah call no ptptn 03-2080 4455
                  3)adik-adik yang nak mohon matrikulasi,jangan lupa beli ye no pin matrik.JANGAN salah bank
                      pulok BSN ye,bukan bank muamalat.






Thursday, July 25, 2013

Sambung Degree or Bekerja?



Assalamualaikum kepada semua pengunjung bloodkillers ,haa rasa gempak tak dengar nama blog? (tolong muntah ek) haha. Actually dulu aku ada buat entry sikit,tapi mcm mengarut dan bosan tak de idea nak tulis apa,so aku delete semua entry dulu dan mula balik. Sebelum tu,aku kenalkan diri aku.Korang boleh panggil aku En Blood je lah.Nak dipendekkan cerita pasal tajuk entry aku nih berkenaan "Perlu ke seseorang sambung degree atau bekerja ?"

Sebelum tu nak bagitau korang yang En Blood dapat sambung degree YAY! (poyo). En Blood bersyukur sangat sebab tu impian En blood selama ni.Ni dia tawaran yg En Blood dapat.Ada tak yang dapat sama kursus and kampus mcm En Blood? Kalau ada sila angkat kaki, so kita geng hehe



Pada pendapat En Blood lah pada sesiapa yang dapat tawaran sambung belajar ni sila fikir masak-masak sama ada perlu sambung atau tidak.Bagi En Blood lah kan ada kekurangan dan kelebihan bagi mereka yang terima tawaran sambung belajar dan tolak tawaran sambung belajar ni.

Antara kelebihan sambung belajar ni macam biasalah yang korang tahu,dapat timba ilmu lebih disamping menaikkan tangga gaji kita,Kalau macam En Blood,confirm kena sambung.Nak tau sebab dia?.Nak bayar ptptn,nak bantu keluarga,nak dapat kerja bagus,hantaran pun mahal sekarang weh (bagi lelaki lah).Bagi En Blood,sekarang susah nak cari kerja.Dulu boleh lah,but sekarang ramai graduan yang tanam anggur.Kalau cari kerja pun masa ada spm dulu,company cakap nak yang ada degree.But once dah ada degree diorang nak yang berpengalaman pulak.Putar belit! grr..

Kelemahan sambung degree pulak,yang ni pun konfirm korang tahu.Salah satunya ialah masa,tu belum campur En Blood yang takde duit ni.Cuti Grad diploma ni En Blood tak kerja langsung.So duit pun tarakkk..
Yuran pengajian RM743,mana nak cekut wei? Rompak bank? haha gurau je,En Blood lagi bertambah kusut nak duduk mana nnti,sebab tak dapat penempatan kolej.So terpaksa lah En Blood google cari kat mana ada rumah kosong area2 kampus.Leceh lah nak buat rayuan bagai ni.

Kepada sesiapa yang ingin menolak tawaran tu,mungkin mereka lebih suka bekerja,ataupun mereka ingin membantu keluarga,nanti lepas banyak duit baru lah sambung belajar.Jangan risau rezeki ada dimana-mana InsyaAllah.Kepada mereka yang permohonannya gagal,pun En Blood nasihatkan jangan putus asa,buatlah rayuan,InsyaAllah rayuan diterima.Sesiapa yang dah sambung belajar tuh,belajar lah bersungguh-sungguh.Bukan senang nak dapat tawaran sambung belajar,INGAT! (poyo) hidup cuma sekali.

Kepada yang nak bekerja tuh,jangan pulak curi tulang ye.Nanti En Blood report kat bos baru tahu.Kerja elok2,utamakan keselamatan jalan raya.And jangan lupa sediakan duit raya lebih untuk anak buah (hulur tangan).Akhir kata,En Blood ucapkan selamat berpuasa kepada pembaca-pembaca sekalian,Assalamualaikum.Pai Pai

#pesanan : Fikir sepuluh kali,jangan dua tiga kali je sebelum terima or tolak tawaran 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...