Tuesday, July 30, 2013

Benda paling annoying

Assalamualaikum




Korang biasa tak berlaku perkara-perkara annoying dalam hidup korang? Confirm pernah kan..mesti korang pernah hadapi semua benda ni kan.Mesti korang stress macam nak terjun klcc kan? Hahah..
Biasalah tu,semua pernah rasa benda macam ni der,siapa tak pernah pembohong! haha

Dalam dua tiga hari ni aku banyak la rasa benda-benda annoyed ni,contohnya pagi tadi. Ada seorang pakcik,dah berumur jugaklah sebab dah nampak beruban dah,bawak moto dahlah slow macam kura-kura,tu aku tak kesah lagi lah.Yang aku kesah bila signal moto dia tak matikan.Kang kalau aku potong kang,mahu dia belok..tak ker kitorang bercium.Hahah...Pakcik,please lah matikan signal tuh..

Lepas tuh semalam kan,masa aku tengah drive nak pegi bazar ramadan tolong mak aku meniaga,ada sekor lalat dalam kereta aku.Dahlah pakai air cond masa tuh,rasa nak pukul je lalat tuh sampai penyek.Serious annoying tengok dia terbang bebas dalam kereta aku.Dia ingat kereta ni bapak dia yang buat loan,bayar downpayment and bayar bulanan? haha

Dengan bunyi alarm seat belt lagi,bagi warning lah tuh sebab tak pakai seat belt.Aku memang dah biasa tak pakai seat belt ni.Cuba korang bayangkan,kalau 300 km dari Johor sampai Melaka aku tak pakai seatbelt.Cuba korang kira berapa kali alarm seatbelt tuh berbunyi? "beep"  "beep" haha.En JPJ jangan marah eh..huhu

Yang paling kelakar,makcik yang suka bawak moto..please lah bila pulas minyak tuh jangan tekan brek.Eh,kalau brek tuh boleh cakap,dia mesti cakap mcm ni "adoi...sakit lah asik kena pijak je,asik haus je" haha,Ape kejadah bila pulas minyak sambil tekan brek? Macam bawak kereta lah,cuba tekan minyak sambil tekan brek? tak ke pelik..

Lagi satu bila kereta stuck belakang lori pasir.Habis calar kereta dengan habuk halus.Lepas tuh bila ada bukit,lori tuh mesti slow punya.Korang mesti rasa nak potong laju-laju en..Kebetulan kat arah bertentangan banyak kereta,mesti frust tak dapat potong kan? Kalau aku,rasa macam kereta aku power tekan button keluar sayap and terbang merentasi lori tadi tuh.Okay,animasi lebih.kahkahkah

Apa pengalaman korang yang korang rasa paling annoying sekali?




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...