Assalamualaikum pembaca blog En Blood. En Blood sebenarnya tak larat nak update blog ni.Korang tahu 8 jam En Blood drive,sakit punggung . Tajuk entry kali ni ialah pengorbanan bakal student degree macam En Blood ni. heheh (poyo)
Disini En Blood nak kongsikan pada anda semua,apa yang En Blood buat satu hari ni. Kiranya persediaan jugak lah sebelum daftar degree bulan 9 nnti. Semangat tak?haha (sila terjun laut ye). Korang yang dapat tawaran sambung belajar confirm tengah sibuk jugak macam En Blood kehulu-hilir print semua benda.Haa..macam tulah pengorbanan bakal-bakal student ni. Kena lah berkorban sikit,untuk kesenangan kita juga suatu hari nanti.Siapa yang tak nak hidup senang kan? En Blood nak sangat-sangat,so siapa yang nak hidup senang cer angkat tangan! haha
Okay,dah jauh melalut. Start pagi pukul 8,En Blood dengan ayah pergi BSN. Ni pun sebab nak beli no pin ptptn dan no pin matrikulasi adik En Blood. Ha korang dah beli belum no pin ptptn? Murah je RM5.00. Untuk pin matrikulasi tuh RM6.00.So pada rakan-rakan dan adik-adik En Blood di luar sana ,En Blood nak ingatkan segeralah beli no pin ni.Bukan apa,En Blood ni jenis yang pelupa tu yang beli cepat-cepat tuh kahkahkah
En Blood pegi cuci gambar 4 keping RM10,tak mampu nak cuci 8 keping
Haa,pic yang ni En Blood amik dekat dalam bilik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili.En Blood pergi situ nak buat pengesahan borang permohonan bantuan kemasukan ipta Perbadanan Islam Johor.Syukur sangat-sangat sebab YB ni kawan lama ayah En Blood.So dapat lah pengesahan dari beliau dengan senang lenangnya.
Ha kalau korang nak tahu,borang dibawah ni adalah borang bantuan Majlis Agama Islam Johor. En Blood dapat tahu ada bantuan ni pun dari YB.So En Blood segera pergi ke Bangunan Sultan Iskandar Kota Tinggi Tingkat 5 (
So thats all,yang dapat En Blood kongsi sebagai pengorbanan bakal student degree.Anda pula?Bagaimana pengorbanan anda?
#Pesanan: 1)Jangan lupa beli pin ptptn,tarikh tutup 31 Ogos ni,
2) Sebelum buat permohonan ptptn,sila pastikan status permohonan lama ialah "tamat
pembiayaan" (ni untuk sesiapa yang masa diploma amik ptptn jugak).Cara nak tukar
status ialah call no ptptn 03-2080 4455
3)adik-adik yang nak mohon matrikulasi,jangan lupa beli ye no pin matrik.JANGAN salah bank
pulok BSN ye,bukan bank muamalat.
No comments:
Post a Comment