Thursday, July 25, 2013

Sambung Degree or Bekerja?



Assalamualaikum kepada semua pengunjung bloodkillers ,haa rasa gempak tak dengar nama blog? (tolong muntah ek) haha. Actually dulu aku ada buat entry sikit,tapi mcm mengarut dan bosan tak de idea nak tulis apa,so aku delete semua entry dulu dan mula balik. Sebelum tu,aku kenalkan diri aku.Korang boleh panggil aku En Blood je lah.Nak dipendekkan cerita pasal tajuk entry aku nih berkenaan "Perlu ke seseorang sambung degree atau bekerja ?"

Sebelum tu nak bagitau korang yang En Blood dapat sambung degree YAY! (poyo). En Blood bersyukur sangat sebab tu impian En blood selama ni.Ni dia tawaran yg En Blood dapat.Ada tak yang dapat sama kursus and kampus mcm En Blood? Kalau ada sila angkat kaki, so kita geng hehe



Pada pendapat En Blood lah pada sesiapa yang dapat tawaran sambung belajar ni sila fikir masak-masak sama ada perlu sambung atau tidak.Bagi En Blood lah kan ada kekurangan dan kelebihan bagi mereka yang terima tawaran sambung belajar dan tolak tawaran sambung belajar ni.

Antara kelebihan sambung belajar ni macam biasalah yang korang tahu,dapat timba ilmu lebih disamping menaikkan tangga gaji kita,Kalau macam En Blood,confirm kena sambung.Nak tau sebab dia?.Nak bayar ptptn,nak bantu keluarga,nak dapat kerja bagus,hantaran pun mahal sekarang weh (bagi lelaki lah).Bagi En Blood,sekarang susah nak cari kerja.Dulu boleh lah,but sekarang ramai graduan yang tanam anggur.Kalau cari kerja pun masa ada spm dulu,company cakap nak yang ada degree.But once dah ada degree diorang nak yang berpengalaman pulak.Putar belit! grr..

Kelemahan sambung degree pulak,yang ni pun konfirm korang tahu.Salah satunya ialah masa,tu belum campur En Blood yang takde duit ni.Cuti Grad diploma ni En Blood tak kerja langsung.So duit pun tarakkk..
Yuran pengajian RM743,mana nak cekut wei? Rompak bank? haha gurau je,En Blood lagi bertambah kusut nak duduk mana nnti,sebab tak dapat penempatan kolej.So terpaksa lah En Blood google cari kat mana ada rumah kosong area2 kampus.Leceh lah nak buat rayuan bagai ni.

Kepada sesiapa yang ingin menolak tawaran tu,mungkin mereka lebih suka bekerja,ataupun mereka ingin membantu keluarga,nanti lepas banyak duit baru lah sambung belajar.Jangan risau rezeki ada dimana-mana InsyaAllah.Kepada mereka yang permohonannya gagal,pun En Blood nasihatkan jangan putus asa,buatlah rayuan,InsyaAllah rayuan diterima.Sesiapa yang dah sambung belajar tuh,belajar lah bersungguh-sungguh.Bukan senang nak dapat tawaran sambung belajar,INGAT! (poyo) hidup cuma sekali.

Kepada yang nak bekerja tuh,jangan pulak curi tulang ye.Nanti En Blood report kat bos baru tahu.Kerja elok2,utamakan keselamatan jalan raya.And jangan lupa sediakan duit raya lebih untuk anak buah (hulur tangan).Akhir kata,En Blood ucapkan selamat berpuasa kepada pembaca-pembaca sekalian,Assalamualaikum.Pai Pai

#pesanan : Fikir sepuluh kali,jangan dua tiga kali je sebelum terima or tolak tawaran 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...