Friday, August 23, 2013

Canon PIXMA E510



Hai readers!

Haa.. semput aku nak taip entry ni.Baru balik dari bandar tadi,berpeluh-peluh dan mengah haha.Tengok tajuk korang dah tahu kan,aku nak cerita pasal printer yang aku beli.Printer ni jenama Canon PIXMA E150. Harga lebih kurang RM290.Not bad lah sangat harga dia sebab boleh pakai lama.Dan untuk pengetahuan korang printer ni 3 in 1 tau.Boleh print,photostat dan scanner.Tadi aku tanya abang yang jual printer tuh tentang ink dekat luar.Dia cakap printer ni tak boleh pasang ink dekat luar.Lagipun dah banyak printer yang rosak sebab pasang ink dekat luar.Kalau pasang ink dekat luar ,bila tak selalu pakai nanti dia boleh tersumbat.So aku pun buat choice dengan beli je printer ni.Tapi tuh yang leceh nak beli cartridge dia. Cartridge black around RM50 and cartridge color around RM 60. And abang tuh kata,jangan risau sebab ink dia ni boleh print 500 to 800 pages.Dan yang paling memeranjatkan aku bila tengok kat luar kedai abang tuh banyak printer orang hantar rosak sebab ink dipasang diluar. Aku beli printer ni pun sebab nak memudahkan kerja aku nanti.Banyak assignment nak print and boleh jugak buat bisness print dekat tempat aku belajar nanti hehe.Kat bawah ni aku sertakan gambar printer tuh.Tak rugi weh kalau korang dah ada printer sendiri.




Ni kotak printer tuh :) Warranty one year yup!

                                     

                                            Kertas A4 jenama IK yellow paper 1 bundle RM 10++



                                                         Test print black and color :)


Sekian....


Wednesday, August 21, 2013

Lelaki memang macam ni eh?

Hai readers!

Semalam aku ada borak dengan classmate lama aku masa diploma,and alhamdullilah dia dah sambung kerja dekat syarikat buat sayap kapal terbang katanya.Tengah rancak berborak,terselit pulak cerita pasal cinta.Tuh yang tercetusnya idea nak buat entry ni.Lepas tuh sap sap sap,aku terus lincah taip laju-laju entry ni haha.

Actually,aku yang mulakan pertanyaan dengan dia.Alah..biasalah aku tanya "kau dengan siapa sekarang?".Lepas tuh dia pun buat muka sedih and says "aku single". Tetiba sebak aku sekejap tengok dia macam tuh.Masuk ni dah 2 kali dah kena permainkan dengan lelaki wei.Lelaki memang macam ni eh?

Aku pun tak faham bila ada mamat dua ekor ni yang sanggup mainkan perasaan perempuan sebaik dia.Aku bukanlah nak backup perempuan ataupun kutuk kaum sejenis aku,But apa lah faedah kau mainkan perasaan perempuan der.Satu hari nanti tuhan balas sekelip mata je kau dipermainkan.Dan yang aku paling tak faham boleh pulak mamat tuh pura-pura alim dan baik dekat kawan aku nih.

Ape ke sakai lelaki macam tuh?Aku takde lah nak cakap aku baik sangat haha.Yang lelaki jangan pulak marah aku ye bila baca entry ni :).Aku sekadar nak menasihati semua tak kira lelaki atau perempuan,janganlah mainkan perasaan seseorang.Cuba korang bayangkan bila orang yang korang sayang,mengaku yang dia ada orang lain? Tak ke frust tertonggeng?haha

Lagi satu janganlah bagi harapan palsu dekat seseorang kalau kita takkan pernah menerima dia dalam hidup kita.Kadang-kadang perlakuan kita dan layanan baik kita pada seseorang boleh membuat orang tu silap faham.Kira syok sendiri lettew.Takde faedahnya der bila kau game orang.Sebab nanti semua orang dah tahu perangai kau,diorang takhengen dekat dengan kau.

Susah kalau nak berdepan dengan situasi dipermainkan perasaan macam ni.Mungkin orang yang suka game orang lain ni kena cabar dengan kawan-kawan mereka.Entahlah..aku tak berapa terrer pasal perasaan cinta kasih dan sayang ni.Just to remind my classmate,be positively,bersabar dan jangan permaikan perasaan lelaki pulak bila dah dua kali dipermainkan.Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Tak semua lelaki perangai macam tuh okay?. Find another man okay?

Jacobs High Fibre

What's up readers?

Harini aku nak kongsi pulak pasal serat.Korang tak tahu apa itu serat?.Rajin-rajin lah google okay.Tak susah pun nak tambah ilmu pengetahuan.Taip kat google and search,then dapat hasilnya.Aku pun timba ilmu jugak pasal serat ni dekat blog Kevin Zahari.Nak baca blog Kevin Zahri? Klik SINI.

Semalam aku cerita pasa GREEN TEA dan hari ni aku nak cerita pasal Jacobs High Fibre pulak.Sebelum tuh mesti korang nak tahu apa itu serat kan ? Serat ni ialah bahagian daripada tumbuhan yang tidak dapat diserap oleh badan tetapi ia mempunyai banyak khasiat.

Contohnya macam Biskut Jacobs High Fibre Low Sodium yang aku beli nih.Ia mempunyai pelbagai khasiat khususnya bagi seseorang yang nak kuruskan badan.Seriously aku tak tipu sebab aku makan biskut ni sentiasa rasa kenyang.

Biskut ni boleh didapati di semua pasaraya seperti Tesco,Giant,Kip Mart dan Econsave.Harga biskut ni cuma RM6.70. Aku amalkan makan biskut ni time supper bersama horlik kosong,Nak berdiet pun kena makan jugak weh sehari lima kali kata Kevin Zahri. Sebelum aku beli biskut ni aku mesti tengok nutrition information dia.Alhamdullilah sebab biskut ni rendah kalori.Aku amalkan makan 3pcs biskut ni masa supper dengan jumlah kalori sebanyak 116kcl.Jumlah yang sedikit bukan? Brbbbb..kenyang haha.

Ini adalah antara kebaikkan serat :
1. Memperlahankan penyerapan gula dalam aliran darah. Oleh itu, tahap gula dalam darah akan lebih stabil.
2. Mengurangkan kolesterol LDL yang lapuk dan menggalakkan kesihatan jantung.
3. Membantu anda berasa kenyang dan mengawal selera makan.
4. Memastikan sistem pencernaan sihat dan mengelakkan sembelit.
5. Mengurangkan risiko sesetengah barah, termasuk barah payudara.

Serat bukan sahaja ada dalam biskut ni,ia juga boleh didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran,oat,serta gandum.Tapi korang kena ingat,bila korang makan serat,korang perlukan air yang banyak.Bukan air 100plus okay,tapi air masak.So minumlah sekurang-kurangnya 4 liter air sehari.



Tuesday, August 20, 2013

Kebaikan Teh Hijau (Green Tea)

Hai readers,dah lama aku tinggalkan blog ni tak bagi nafkah zahir dan batin haha. Sebelum tuh belum terlambat rasanya nak wish selamat hari raya kat korang semua,maaf zahir batin lah ye.Musim raya ni banyak aku makan,mencekik dan mentekedarah.Rasanya semua sama makna kan? haha.Actually lepas je raya ni,aku ada pergi buat medical checkup.Yelah kan bulan 9 nnti dah nak masuk uitm.Dan korang nak tahu apa yang buat aku terkejut?

Lepas aku timbang berat dekat klinik tu,berat aku kurang 5 kg.Syukur alhamdullilah,tak sangka jaga pemakanan masa puasa dapat turun berat sikit.Dan apa yang merisaukan aku bila dah raya ni,pegi beraya tak sah kalau tak cekik kuih raya and air gas,dan tak sah kalau tak pegi open house kalau tak cekik rendang daging and ayam kan..so berat naik balik kan?

Haa yang ni aku risau sebab rugi je dah turun 5 kg then naik balik after beraya sakan.Dan jeng jeng jeng..aku pun plan nak jaga makan sikit masa raya ni.Kuih raya aku jamah 1 biji setiap rumah haha.Dan aku elakkan air manis.Dan yang paling penting aku pergi pasaraya cari Green Tea Boh.Orang kata green tea ni banyak khasiat selain dapat tolong bakar kalori untuk turunkan berat badan.Betul ke? Actually banyak aku research pasal green tea ni.Dari blog Kevin zahari,Akutaknakgemuk dan bermacam-macam blog lagi yang aku taip dekat google search.

Masuk harini dah seminggu aku minum teh ni,memang rasa dia kelat.Kenapa? Sebab lagi elok kalau minum tak letak gula okay..Haa..kat sini aku nak share sikit bagusnya minum green tea nih..

  • Membantu menurunkan paras kolestrol & menjaga tekanan darah (sama seperti Oat .)   
  • Menyembuhkan lelah & batuk .
  • Membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh badan untuk melawan penyakit .

  • Menghancurkan bakteria yang menyababkan plak dan kerosakkan gigi (macam ubat gigi !)
  • Membantu mencegah dan menghancurkan  sel-sel kanser .
  • Mencegah penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung .
  • Mampu mengurangkan stress dan membantu mengendurkan saraf . Boleh cegah penyakit seperti amnesia & demensia .
  • Mampu menyihatkan kulit wajah menjadi lebih berseri , rambut sihat , dan mengurangkan tanda-tanda penuaan .
  • Mengurangkan ruam & alergi .
  • Melindungi payudara dari serangan kanser .
  • Menggalakkan pembakaran lemak .
  • Mengekalkan kecergasan memori dan fungsi otak . (Pelajar digalakkan amalkan minum teh hijau)
  • Mencegah mulut berbau .
  • Melindungi paru-paru dari racun rokok .

Biasanya aku minum lepas sarapan pagi sebab teh ni dapat tingkatkan metabolisma badan sekaligus buat kita aktif.Biasalah benda yang pahit itulah yang bagus berbanding korang mencekik rendang daging yang berkolestrol tinggi tuh.Orang cina selalu minum teh hijau ni maybe sebab tuh diorang awet muda dan gedang perkasa!hahah.Teh hijau ni juga sesuai untuk pelajar sebab untuk cegah cepat lupa.

So kepada sesiapa yang nak kurus,bukan sahaja kurus malah untuk jaga kesihatan ni minumlah teh hijau satu hari segelas.Cuba amalkan sebulan dan anda akan rasa keajaiban dan khasiatnya untuk tubuh,




Friday, August 2, 2013

Apa itu istidraj?

Aku tertarik nak buat entry pasal istidraj bila aku terfikir kenapa orang yang selalu melakukan kemungkaran seringkali mendapat kegembiraan,rezekinya murah dan dikurniakan kecemerlangan dalam hidup.Itulah istidraj.

Apa itu Istidraj?Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian Itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

So tidak hairanlah apabila ada mereka-mereka yang timbulkan persoalan-persoalan seperti "mengapakah aku sering berdoa dan bersolat hajat,tetapi masih tidak memperolehi kejayaan?" Ini adalah kerana Allah S.W.T sayangkan kita.Bila kita belum memperolehi kejayaan,kita akan terus berdoa dan bersolat hajat.Allah S.W.T amat merindukan suara hambaNya merayu-rayu memohon doa serta memuji-mujinya.Berbeza kepada mereka yang selalu mendapat keistimewaan hidup seperti rezekinya murah dan dikurniakan kecemerlangan dalam hidup tetapi melakukan kemungkaran.Mereka akan terus hanyut ke jalan kesesatan.


Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka Bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia itu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk Membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya Sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala Keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah Bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan Kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya Untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian Yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di Dunia dan Akhirat."



Bila lelaki letih jatuh cinta

Assalamualaikum,



Kita sering terbaca blogger-blogger yang buat entry berkenaan cinta,tetapi kali ini aku tertarik nak buat entry pasal apa yang aku tweet semalam "once a man are tired to fall in love,they will tired for the rest of their life".Actually perkara ni berlaku pada sesetengah lelaki,bukan semua ya..

Aku taknak lah cerita pasal diri aku,cuma aku ambil berat berkaitan hal ini.Bila lelaki dah penat nak jatuh cinta,mereka tidak akan mengambil berat dan tidak menghiraukan apa itu cinta.Cinta yang dimaksudkan disini ialah cinta lelaki kepada seorang wanita.Bagi aku,cinta ialah sesuatu yang abstrak,so diri sendiri yang perlu corakkan supaya cinta tadi menjadi sesuatu yang bernilai.

Lelaki akan letih jatuh cinta apabila seringkali cintanya ditolak wanita.Tetapi itu bukanlah permasalahan yang berlaku.Masalah yang berlaku ialah lelaki yang kerap kali cintanya ditolak,akan memainkan perasaan wanita yang lain.Berdasarkan pengalaman aku,kawan-kawan aku yang ditolak cintanya,akan memainkan perasaan perempuan yang nak mendekatinya kelak.Then apabila perempuan tersebut sedar dipermainkan,maka beliau akan timbulkan statement yang berbunyi "all the man are same,always played with woman's feeling".Actually,they are talking at the mirror and reflect at theirself.

Aku takdelah nak menyokong mana-mana pihak.Cuma aku bersimpati pada mereka yang dipermainkan perasaannya.Bukan senang nak jatuh cinta pada seseorang,lebih-lebih lagi bila lelaki berbadan besar jatuh cinta,macam aku kahkahkah.Selalunya kita sering dengar lelaki mainkan perasaan wanita kan?,haa..korang perlu tahu ye,ada juga wanita memainkan perasaan lelaki.

Yang paling aku tak faham bila kawan-kawan perempuan aku mengadu dekat aku bahawa mereka dipermainkan lelaki.Bukan apa sebenarnya,bagi aku mereka salah pilih.Dulu ada someone yang betul-betul cintakan mereka,tetapi mereka pandang sebelah mata,mereka pandang paras rupa dan wang.Dan sekarang mereka kesal dengan perbuatan mereka.

Akhir kata,tolonglah nilai kembali lelaki yang cintakan anda.Jangan sampai terhantuk,baru nak terngadah.haha

Thursday, August 1, 2013

Bila budak account buat kira-kira

Hebat member aku sorang ni,bab kira-kira dialah paling perfect.Fuh! Macam accountant bertauliah.Hahah
Syukur sebab dapat kira perbezaan duduk AYAM or ATSL(Apartment Tun Sri Lanang yg kitorg jumpa tuh)

Rumah Sewa or AYAM?

Aku tengah fenin nak fikir sama ada nak duduk rumah sewa atau Apartment Yayasan Melaka(AYAM) tuh.Kau pehal ketawakan aku? haha.Masalah utamanya bila tawaran degree aku menyatakan bahawa kampus yang aku dapat (Kampus Bandaraya Melaka) ni adalah kampus transit.Korang ada tak dapat macam aku?.Then dia bagitahu pulak yang kampus tetap dekat Puncak Alam. Apakah semua ini?.Adakah ini mainan dunia atau kenyataan?

Aku ada call kampus,nak tanya pasal "apa benda transit ni".Diorang boleh bagi jawapan "sorry,belum dimesyuaratkan lagi".Agak marah jugaklah dengan jawapan diorang.Tapi senior aku ada bagitahu,aku hanya belajar sementara dekat KBM nnti,dan akan berpindah ke kampus tetap di Puncak Alam.Persoalannya berapa lamakah?Patutkah kami,cari rumah sewa?Dan patutkah kami duduk AYAM?.

Kalau duduk AYAM rules dia macam ni :

Sewa adalah sebanyak RM160.00 (termasuk air & elektrik) seorang / bulan. Bayaran semasa pendaftaran RM740.00 (1semester).
1 semester = 4 bulan
RM160 x 4 = RM640.00 + RM100.00 (deposit ) = RM740.00

*masalahnya kitorang bukan ada duit nak bayar selepuk nih.Tapi kira okeylah bila bulan2 tak payah fikir nak bayar api air berapa banyak.Kelengkapan pun cukup,ada kipas,locker,meja belajar dan katil.Untuk maklumat lanjut klik SINI.

Kitorang dah ada jumpa rumah sewa,dekat Apartment Tun Sri Lanang.Boleh tahan dekat dengan KBM.Btw masalahnya not furnished,kosong cuma ada almari je.Sewa RM850/bulan ada 3 bilik dan 2 bilik air.Aku tengah confius nak buat pilihan,sebab tak tahu kitorang nak duduk berapa orang.Kalau dikira balik,banyak pro and cons dia.Hurm..tapi aku tak tahu kenapa aku lebih prefer duduk AYAM ni.Maybe sebab lebih dekat dengan KBM.Ada member aku nasihatkan suruh duduk AYAM sebab bangun tidur je terus pergi kelas tak kira cuaca panas ataupun hujan.Depan mata je,so susah lah nak terskip kelas bila hujan.

Yang tak bestnya kalau duduk luar ni,aku tak tahu berapa lama transit dekat KBM ni,kalau dah tahu berapa lama confirm senang nak buat choice.Lagi satu,kalau duduk rumah sewa ni,mesin basuh takde,aku dahlah malas nak basuh manual.Nak duduk AYAM takde member lagi susah,sekangkang kera lah aku jawabnya haha.

Persoalan tetap menjadi persoalan,pilihan tetap pilihan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...